Wednesday, June 4, 2008

Lawatan Kasih Mesra Yb Datuk Hj Abd Ghafaar




Hari Jumaat, 'Hari Lawatan Kasih Mesra' DUN Gadek
GADEK, 12 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gadek, Datuk Abdul Ghafaar Atan telah menjadikan setiap Jumaat pada setiap minggu sebagai 'Hari Lawatan Kasih Mesra' bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek.Katanya, program tersebut mensasarkan kepada golongan miskin tegar, warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik serta uzur dalam DUN berkenaan."Lawatan tersebut telah diadakan sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dan setakat ini, saya telah mengadakan lawatan melibatkan seramai 42 orang terdiri daripada golongan tersebut membabitkan sebanyak enam buah kampung di DUN ini," katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI). Abdul Ghafaar berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Kampung Tanjung Rimau Luar dekat sini, baru-baru ini melibatkan seramai tujuh golongan yang memerlukan.Turut serta dalam lawatan itu, Pengerusi Yayasan Angin Ahmar Melaka, Hasnah Salam; Penghulu DUN Gadek, Emran Talib; Pengerusi Biro kebajikan DUN, Yusof Ismail serta beberapa pegawai Kebajikan Daerah, Bahagian Pembela Kemiskinan dan Doktor Kesihatan Padang Sebang. Jelasnya, pada setiap lawatan yang diadakan ianya turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua wanita, Pemuda dan Puteri UMNO cawangan melibatkan kampung-kampung yang dilawati.Jelasnya, dengan mengadakan program turut padang ini secara tidak langsung dapat mengetahui masalah yang dihadapi penduduk dengan lebih dekat dan tindakan segera dapat diambil bagi membantu mereka.Tambahnya, antara keperluan golongan itu ialah kerusi roda, pampers, beras serta wang tunai dan program ini akan berterusan sehingga semua masalah yang dihadapi golongan terlibat dapat diselesaikan.

Thursday, May 8, 2008

Pembangunan Dun Gadek di utamakan,Segala Masalah Diselesaikan...









Segala pembangunan di Dun Gadek akan menjadi realiti dan dibangunkan supaya ia akan menjadi lebih produktif dan menjadi kebanggaan penduduk Kg. Contohnya seperti baik pulih sungai,longkang,rumah-rumah kedai,kawasan perlancongan seperti Kolam Ayer Panas Gadek,Perumahan dan sebagainya.Segalannya kan diperhebatkan bagi kemajuan bersama penduduk-penduduk di Dun Gadek.Begitulah kata-kata YB Datuk Hj Abdul Ghafaar Bin Atan selaku ADUN Gadek, beliau berharap supaya semua penduduk dapat berfikiran positif bagi merealisasikan impian menjadikan Dun Gadek sebuah Dun yang terbaik di Melaka.

Mangsa Banjir Gembira Menerima Pampasan YB


9 Mei 2008: Mangsa-mangsa banjir gembira dan terharu kerana menerima pampasan kerugian daripada YB Datuk Hj Abdul Ghafaar Bin Atan selaku ADUN Gadek.Mangsa yang terlibat kebanyakan terdiri daripada Kg Gadek Dalam, dan Ganun juga Pulau Sebang.Walaupun kerugian dari bencana banjir ini amat tinggi kosnya tetapi mangsa-mangsa banjir tetap berterima kasih kepada YB Datuk kerana beliau mempunyai rasa tanggungjawab dan membantu mereka yang terlibat.

Masyarakat Terharu Dengan Keprihatinan YB ADUN Gadek















Malang Tidak berbau, tapi itulah yang berlaku oleh penduduk Kg Padang Sebang, yang kediamannya hangus dijilat api.Walaubagaimanapun, perhatian tetap diberikan oleh YB Datuk Hj Abdul Ghafaar Bin Atan selaku ADUN kawasan yang bertanggungjawab memberikan peruntukan untuk pembinaan kediaman yang baru.disamping itu juga beliau memberikan peruntukan ihsan kepada penduduk yang terlibat.Keprihatinan nya membuatkan mangsa merasa sangat terharu dan sedih dengan sikapnya yang penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas terhadap rakyat.
YB. DATUK HJ. ABD. GHAFAAR BIN HJ. ATAN

Kompleks Japerun DUN Gadek,
Kg. Tanjung Rimau,
78000 Alor Gajah, Melaka.

Setiausaha : Encik Zainuddin Bin Ahmid
Penghulu : Encik Emran Bin Talib.

No Tel : 06 - 5548511 No Fax : 06 - 5549984

Email : alorgajah@yahoo.com.my

Sekiranya ada sebarang maklumat yang ingin di paparkan ke dalam blog ini, sila hantarkan ke email Parlimen seperti yang terpapar diatas. Kerjasama anda semua amat dihargai.