Wednesday, June 4, 2008

Lawatan Kasih Mesra Yb Datuk Hj Abd Ghafaar




Hari Jumaat, 'Hari Lawatan Kasih Mesra' DUN Gadek
GADEK, 12 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gadek, Datuk Abdul Ghafaar Atan telah menjadikan setiap Jumaat pada setiap minggu sebagai 'Hari Lawatan Kasih Mesra' bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek.Katanya, program tersebut mensasarkan kepada golongan miskin tegar, warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik serta uzur dalam DUN berkenaan."Lawatan tersebut telah diadakan sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dan setakat ini, saya telah mengadakan lawatan melibatkan seramai 42 orang terdiri daripada golongan tersebut membabitkan sebanyak enam buah kampung di DUN ini," katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI). Abdul Ghafaar berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Kampung Tanjung Rimau Luar dekat sini, baru-baru ini melibatkan seramai tujuh golongan yang memerlukan.Turut serta dalam lawatan itu, Pengerusi Yayasan Angin Ahmar Melaka, Hasnah Salam; Penghulu DUN Gadek, Emran Talib; Pengerusi Biro kebajikan DUN, Yusof Ismail serta beberapa pegawai Kebajikan Daerah, Bahagian Pembela Kemiskinan dan Doktor Kesihatan Padang Sebang. Jelasnya, pada setiap lawatan yang diadakan ianya turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua wanita, Pemuda dan Puteri UMNO cawangan melibatkan kampung-kampung yang dilawati.Jelasnya, dengan mengadakan program turut padang ini secara tidak langsung dapat mengetahui masalah yang dihadapi penduduk dengan lebih dekat dan tindakan segera dapat diambil bagi membantu mereka.Tambahnya, antara keperluan golongan itu ialah kerusi roda, pampers, beras serta wang tunai dan program ini akan berterusan sehingga semua masalah yang dihadapi golongan terlibat dapat diselesaikan.
YB. DATUK HJ. ABD. GHAFAAR BIN HJ. ATAN

Kompleks Japerun DUN Gadek,
Kg. Tanjung Rimau,
78000 Alor Gajah, Melaka.

Setiausaha : Encik Zainuddin Bin Ahmid
Penghulu : Encik Emran Bin Talib.

No Tel : 06 - 5548511 No Fax : 06 - 5549984

Email : alorgajah@yahoo.com.my

Sekiranya ada sebarang maklumat yang ingin di paparkan ke dalam blog ini, sila hantarkan ke email Parlimen seperti yang terpapar diatas. Kerjasama anda semua amat dihargai.